Dua tokoh perniagaan Malaysia ungguli kategori utama Anugerah ACES

Anugerah Kecemerlangan & Kelestarian Korporat Asia (ACES) ke-10 menyaksikan dua daripada tiga kategori utama diungguli oleh tokoh perniagaan dari Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) unit teknologi kewangan (FinTech), Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, Nisa Ismail dinobatkan Usahawan Wanita Tahun 2023 atas usaha cemerlangnya dalam memperkasa institusi dengan menggunakan teknologi kewangan Islamik.

Ujar Nisa, ini merupakan kali pertama Sedania As Salam tercalon di Anugerah ACES, dan tidak menjangkakan kemenangan tersebut namun bersyukur di atas pengiktirafan istimewa itu.

Nisa Ismail, CEO Sedania As Salam Capital Sdn Bhd merangkul anugerah Usahawan Wanita Tahun 2023 di Anugerah ACES.

“Bila mereka bagi anugerah ini, saya tanya pada mereka, kenapa pilih saya? Mereka jawab, tak ramai wanita Melayu yang berada di ‘Fintech Industry’ yang lantang, bermotivasi dan memahami pelanggan.

“Saya rasa bangga dengan diri saya dan wanita di luar sana. Kita pun boleh berkaliber macam lelaki. Saya syukur dan gembira. Alhamdulillah,” ujarnya ketika ditemui wartawan MMTV pada Anugerah ACES di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur malam semalam.

Dalam perkembangan sama, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd, Hoo Kian Choon membawa pulang anugerah Usahawan Muda Paling Cemerlang.

ACES 2023 kali ini mempertaruhkan 21 kategori dalam memberi pengiktirafan kepada tokoh perniagaan yang membawa perubahan positif kepada industri dan pekerja.

Bermula sejak sembilan tahun lalu, Anugerah ACES merangsang ketelusan dalam kepimpinan dan laporan kelestarian.

Sejak sedekad ini , ACES menerima bilangan penama paling ramai berjumlah 580 di kalangan perniagaan di Asia.

Daripada 580 penama, 52 industri adalah dari 15 negara, dan membuktikan kejayaan ACES.

Setelah melalui proses penilaian yang teliti, 82 pemenang dalam 21 kategori dipilih daripada Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Mongolia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam.

Share This Story

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About ACES Awards

The Asia Corporate Excellence & Sustainability Awards (ACES) is one of the most prestigious accolades that recognises inspiring leaders and sustainability advocates cross-industry and across Asia. 

Related Stories

Recent Stories

Search Stories

Follow ACES

Be Recognised As One Of Asia’s Top Leadership and Sustainability Players